rentak timur malaya spice vanilla biomatrix Vanila Malaysia Pasaran Dunia
   
 
produk
pengenalan
pertanian

 

 



Belakang Tabir
INFO TERKINI
Daftar emel anda untuk dapatkan info / promosi terkini dari kami.

 

 

 

 

 

Pokok vanila merupakan sejenis tumbuhan orkid yang berasal dari negara Mexico merangkumi 110 spesis yang telah dikenal pasti. Salah satu spesis yang dikesan mempunyai nilai komersial adalah vanilla planifolia andrew. Kini pokok vanila boleh ditemui di vanilla planifolia andrewbeberapa negara seperti Mexico, Madasgacar, Indonesia, Comoro, Uganda, India dan Tahiti. Mempunyai banyak kegunaan termasuk sebagai bahan aroma untuk minyak wangi, rokok dan likur. Di Eropah mereka lebih gemar untuk menggunakan buah vanila asli, sementara Amerika Utara selalu menggunakan hasil ekstrak buah vanila ini. Dalam masakan pula, vanila digunakan sebagai perasa serta haruman untuk makanan manis seperti puding, kek, kastad, krim, souffel dan semestinya ais krim. Perisa vanila juga boleh ditemui dalam cokelat, barangan konfeksi dan beberapa likur seperti Crème de Cacao dan Galliano. Tiga suku daripada pengeluaran vanila dunia adalah daripada Madagascar diikuti oleh Indonesia dan Comoro masing – masing sebanyak 21% dan 9%. Pada tahun 2004, pengeluaran vanila dunia lebih kurang 4,500 tan setahun, dan jumlah ini telah meningkat pada tahun berikutnya. Jadual di bawah menunjukan pengeluar utama vanila dunia.

Permintaan pasaran antarabangsa kini dikuasai secara dominan oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan juga Jepun. Pada tahun 2004 sahaja ketiga – tiga negara tersebut telah mengimport 4,000 tan vanila.

VANILLA BEAN - WORLD PRICE per KG
1998 US$19.26
1999 US$20.16
2000 US$33.55
2001 US$86.03
2002 US$145.45
2003 US$156.13
2004 US$400.00

Amerika syarikat menguasai dua per tiga daripadanya sementara Eropah dan Jepun masing – masing 30% dan 6%. Pertumbuhan pesat indsutri Makanan dan Minuman mendorong kepada peningkatan permintaan vanila.

Dua sektor utama yang menjadi sasaran pengeluaran adalah sektor pembuatan ais krim dan minuman berperisa. Pengenalan Vanilla Coke oleh Coca – Cola merupakan satu peluang keemasan untuk indsutri vanila.

Vanilla Coke mempunyai kandungan vanila asli, ini membolehkan permintaan terhadap vanila asli meningkat serta merta. Menurut sumber Coca – Cola memerlukan kira – kira 200 tan vanila setahun untuk menampung pengeluaran Vanilla Coke. Dijangkakan permintaan vanila akan meningkat 10% lagi sekiranya permintaan produk meningkat disamping kewujudan pesaing (seperti Pepsi dan Virgin). Permintaan vanila dunia untuk Vanilla Coke boleh meningkat sehingga 400 tan setahun.

VANILLA -MARKET SHARE
Madagascar 63%
Indonesia 21%
Comoros 9%
Uganda 3%
India 1%
Jamaica 1%
Papua New Guinea 1%
Others 1%

Selepas kartel pengeluaran yang mengwal harga pasaran vanila dimansuhkan pada tahun 1995, harga vanila pada mulanya menurun. Tetapi bermula tahun 2001 peningkatan harga vanila sangat ketara, disebabkan oleh kekurangan pengeluaran. Harga vanila terus menunjukkan peningkatan drastik pada 2002, 2003 dan 2004. Pada penghujung tahun 2003 harga buah vanila mencapai USD180 per kg (FOB), meningkat daripada USD20 pada tahun 1999. Pada disember 2004, harga vanila pernah meningkat sehingga USD380. Kini harga pasaran vanila ditentukan pada kadar USD150 hingga USD250 berdasarkan kualiti buah vanila. Harga ini dijangka tidak akan mengalami penurunan meskipun dengan kemunculan beberapa negara pengeluar baru seperti India dan Uganda.

Asli dan Sintetik

Vanila sintetik kini digunakan secara meluas namun saingan dalam pasaran berlaku apabila harga vanila asli meningkat. Penggunaan vanila sintetik dunia adalah sejumlah 12,000 hingga 15,000 tan setahun manakala vanila asli hanya 4,500 tan. Menurut laporan 97% daripada penggunaan vanila dunia adalah sintetik dan 88% penggunaan vanila di Amerika adalah sintetik. Nisbah harga antara vanila sintetik dan vanila asli adalah pada purata 1:10.

Permintaan tertinggi di seluruh dunia untuk vanila adalah daripada industri pembuatan makanan sehingga menyebabkan permintaan melebihi pengeluaran. Ini mendorong syarikat pembuat makanan menukar penggunaan vanila asli kepada perasa tiruan (sintetik). Sebenarnya terdapat perbezaan yang sangat signifikan antara dua produk ini. Vanila asli bukan hanya mengandungi vanilin tetapi juga mengandungi beberapa sebatian aromatik yang lain membuatkan vanila asli lebih bernilai berbanding vanila sintetik yang hanya mengandungi aroma vanilin.

SOKONGAN & KERJASAMA PINTAR
Kementerian Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Malaysia MECD
Kementerian Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi
Malaysian Herbal Corporation Bank Pertanian Malaysia FELDA
Malaysian Herbal Corporation Bank Pertanian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
Lembaga Tembakau Malaysia Lembaga Getah Malaysia MATRADE
Lembaga Tembakau Negara Lembaga Getah Malaysia Malaysia External Trade Development Corporation
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia  
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia  

 

 

 

 

maha 2006

newspaper clips
 
Nurseri RTSB
Petani Vanila
Plot Promosi & Pemerhatian Jabatan Pertanian Malaysia



 
© Rentak TImur Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara
site statistics