Walaupun bukan tumbuhan pribumi Malaysia, namun pokok vanilla atau nama saintifiknya vanilla planifolia andrews, mampu untuk tumbuh subur di negara ini. Setelah beberapa tahun peyelidikan, RTSB telah berjaya mewujudkan satu system integrasi untuk penanaman, penuaian dan pemprosesan vanilla asli. Kerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan yang berkelayakan dan diiktiraf di Malaysia, Indonesia dan Eropah, membolehkan RTSB menyediakan perkhidmatan terbaik kepada peladang dan pelanggan. Dengan penggunaan teknologi tinggi seperti Super Critical Fluid Extraction yang menggunakan CO2 sebagai bahan pelarut, RTSB telah memproses ekstrak vanilla serta herba dan rempah untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Kerjasama antara RTSB dan beberapa pusat penyelidikan tempatan dan antarabangsa memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti antarabangsa dan mencapai piawaian yang diperlukan pada peringkat domestik dan global. Produk daripada RTSB juga dilengkapi dengan spesifikasi kandungan organik dan sebagainya. Malaysia bakal menjadi negara pengeluar vanilla utama menelang 2010, selain menjadi pembekal utama untuk ekstrak vanilla SFE dalam masa terdekat. RTSB sendiri mempunyai kemudahan SFE dengan kapasiti 1,500 kg sehari. Kerajaan negeri Sabah menerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) sangat komited untuk muncul sebagai negeri pengeluar vanilla terbesar melalui rancangan penanaman vanilla dengan kadar minimum 500 ekar setahun. Kerjasama erat antara RTSB dan pelbagai agensi kerajaan termasuk Malaysian Biotech Corporation, akhirnya membolehkan RTSB mendapat status Bio-nexus. Kerjasama dengan Malaysia Herbal Corporation juga menunjukan potensi untuk penanaman vanilla seluas 500 ekar lagi bersama para peladang diseluruh negara. |





















