
RTSB merupakan sebuah syarikat asas tani untuk pengurusan projek dan ladang memfokus kepada tanaman nilai tinggi yang pertama di Malaysia iaitu vanila. RTSB telah menyewa tanah seluas 5 ekar di Lanchang, Temerloh, Pahang untuk dijadikan pusat pembenihan dan penjagaan vanila yang dinamakan sebagai “Rentak Timur Agro Farm”.
RTSB memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mempromosi vanila untuk dikomersialkan di Malaysia. Salah satu visi syarikat adalah untuk menjadikan Rentak Timur Agro Farm sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan vanila di Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh RTSB adalah:
| Menyediakan rumah hijau dan pusat kuarantin anak benih vanila |
| Pusat penjagaan anak benih vanila |
| Pemprosesan dan pengekstrakan vanila (JV dengan UMP) |
| Menjual vanila |
| Perunding Pengurusan Projek kepada FELDA, Lembaga Tembakau Negara (LTN) dan kerajaan negeri untuk penanaman vanila. |
Visi Korporat
Untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan pertanian bertaraf dunia dan mempunyai kepakaran yang menumpu kepada tanaman vanila (vanilla planifolia andrews) ke arah menembusi bidang pasaran secara glokal (global dan lokal).
Matlamat Korporat
Untuk membantu petani dalam pertanian vanila ke arah usaha untuk mencapai objektif negara memastikan 30 % bumiputra terlibat dalam bidang ekonomi.





















