Pengekstrakan cecair – cecair, yang juga dikenali sebagai pengekstrakan pelarut atau proses pengasingan, adalah teknik yang digunakan untuk mengekstrak komponen kimia dalam sesuatu larutan menggunakan dua jenis pelarut yang tidak saling bercampur, contohnya pelarut organik dan air. Proses ini juga disebut sebagai pengekstrakan sebatian kimia dari satu fasa cecair kepada fasa cecair yang kedua.
Proses pengekstrakan kami adalah mempunyai kualiti taraf dunia dari aspek kebersihan dan persekitaran, tanpa degradasi haba, tiada tekanan berlebihan, tiada oksidasi serta di lakukan dengan kawalan piawaian yang teliti. Melalui pelbagai peralatan terkini yang tersedia, kami berkeupayaan untuk menghasilkan beberapa jenis hasil ekstrak dari pelbagai sumber herba. Peralatan seperti percolator, pengekstrak cecair, alat pemeruapan, kabinet pengeringan dan vakum pengering memastikan hasil ekstrak kami berkualiti tinggi. Kami mengekstrak dan menjual beberapa jenis produk termasuk ekstrak herba, eksatrak buah – buahan/sayuran, minyak pati dan oleoresin. Pasaran produk kami telah berkembang sehingga ke Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.
|





















