Pada tahun 2001, RTSB telah menemui vanilla secara kebetulan dan lantas memulakan langkah tentatif pertama ke arah perniagaan berasas vanilla, atau lebih di kenali sebagai “emas hijau”.
Dalam merealisasikan potensi ini, RTSB telah bermula dengan pembukaan ladang kecil-kecilan di Bali pada tahun 2005. Selepas beberapa kajian dan pelaburan, RTSB telah menjadi sebuah syarikat Malaysia pertama yang menanam, menuai dan memproses Vanilla Organik Semulajadi untuk pasaran domestic dan antarabangsa.
Melalui skim pelopor dan inovasi yang diwujudkan untuk membantu petani-petani kecil, RTSB telah berjaya menguasai pasaran vanilla dan memiliki reputasi yang tinggi berbanding syarikat lain. Dengan mengamalkan sistem jaminan beli balik, RTSB juga berjaya membantu ramai petani kecil mendapatkan bantuan kewangan untuk penanaman Vanilla.
RTSB banyak dibantu oleh pihak Kerajaan negeri dan tempatan disamping mengadakan hubungan kerjasama dengan pemilik tanah, dengan menyediakan alternatif seperti penghasilan tanaman berkos rendah melalui penanaman di kawasan kecil yang hanya memrlukan modal permulaan yang lebih rendah.





















