Kami menyediakan vanila untuk anda. Anda mungkin tidak pernah melihat rupabentuk vanila, tetapi yang nyata haruaman dan rasa vanila tidak asing bagi anda. “Emas Hijau” RTSB yang juga dikenali dengan nama saintifik vanilla planifolia andrews adalah pelaburan baru untuk anda dalam pertanian moden.
Dari pembenihan hingga penuaian, kami menjanjikan anda latihan dan bimbingan yang lengkap. Rumah hijau kami mampu menyimpan lebih kurang 200,000 anak pokok dalam satu masa. Penyelidikan dan pembangunan vanila termasuklah aspek teknikal untuk penanaman dan pengurusan ladang, bioteknologi, biokimia dan kejuruteraan industri.
Rakan niaga RTSB, UMP banyak membantu dalam penyelidikan dan pembangunan vanila. Pusat penjagaan RTSB berfungsi untuk memelihara dan menghasilkan anak benih untuk penanaman vanila. Ini dapat memastikan pembekalan anak benih yang berterusan dengan kawalan persekitaran disamping mengatasi kos import anak benih.



Perkhidmatan RTSB tidak hanya tertumpu pada penjualan anak benih tetapi juga untuk :
- memberi nasihat dan bimbingan kepada petani agar mereka boleh mendapat tanaman yang berkualiti dan dapat menghasilkan pokok vanila yang cukup matang untuk mengeluarkan buah.
- Memberi nasihat tentang cara menjaga kesihatan tanaman untuk penghasilan hasil tuai yang terbaik
- Kami juga menawarkan polisi beli-balik yang unik kepada penanam. Petani yang menjual hasil kepada kami akan mendapat harga terbaik berdasarkan harga pasaran semasa.
- Kami akan membangunkan sebuah kilang untuk penyelidikan dan pembangunan produk.





















