rentak timur malaya spice vanilla biomatrix Vanila Malaysia Pasaran Dunia
   
 
produk
aktiviti - Aktiviti RTSB
pertanian

 

 



Belakang Tabir
INFO TERKINI
Daftar emel anda untuk dapatkan info / promosi terkini dari kami.

 

 

 

 

 


[+] Kursus Vanila Malaysia Pasaran Dunia

Rentak Timur Sdn Bhd telah menganjurkan satu kursus pendek, Vanila Malaysia Pasaran Dunia bertempat di Hotel Quality Kuala Lumpur. Kursus yang memberikan banyak informasi berkenaan tanaman vanila ini telah disertai oleh Malaysian Herbal Corporation dan Advance Manufacturing Institute.


[+] Bio Malaysia 2007 - Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

Rentak Timur telah menyertai Bio Malaysia bersama dengan Malaysian Herbal Corporation Sdn Bhd pada 27 hingga 30 November 2007 yang lalu. Pihak kami mendapat banyak maklumbalas dari pelawat yang hadir sepanjang 3 hari pameran diadakan. Ramai yang berminat menyertai projek tanaman vanila anjuran Rentak Timur Sdn Bhd. Kami sangat berbesar hati dengan sambutan yang telah diberikan oleh para pelawat Bio Malaysia 2007. Kami mengucapkan terima kasih kerana mahu bersama-sama kami dalam menjayakan projek "Vanila Malaysia Pasaran Dunia".


[+] Herbal Asia 2007 – Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE

Pada 1hb hingga 4hb November 2007, Herbal Asia 2007 ( Pameran perdagangan perdana Asia) telah berlangsung di Matrade Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur. RTSB telah mengambil bahagian dalam pameran selama empat hari ini, untuk mempromosi penanaman vanilla sebagai satu perniagaan pertanian. Sambutan daripada pengunjung amat memberangsangkan dan ramai yang berminat untuk menyertai program penanaman vanilla secara kontrak. Kami amat berbangga kerana rakyat Malaysia kini telah menyedari penanaman vanilla sebagai satu aktiviti pertanian yang baru dan mempunyai potensi perniagaan di Malaysia.


[+] Kempen Bumi Hijau 2007 - Taman Tasik Titiwangsa
Kempen Bumi Hijau 2007 anjuran Jabatan Pertanian Malaysia, telah berlangsung pada 27hb-28hb Oktober 2007 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kempen bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghasilkan sendiri makanan daripada buah dan sayuran tempatan untuk kegunaan domestik. RTSB sendiri telah di beri peluang untuk memperkenalkan vanilla kepada semua delegasi semasa majlis perasmian. Selain dari pameran tanaman dan produk vanilla, RTSB juga terlibat dalam jalinan perniagaan untuk meyebarkan lebih banyak maklumat serta bimbingan kepada yang berminat dalam aktiviti penanaman vanilla ini.

[+] Food Industry Europe 2007 - London, United Kingdom

Rentak Timur telah mengadakan lawatan ke Food Industry Europe pada 30 Oktober hingga 1 November 2007 di London.


[+] Anuga 2007 - Cologne, Germany

Pada 12 hingga 16 Oktober 2007, Rentak Timur Sdn Bhd telah menyertai MATRADE sebagai peserta pameran Anuga di Cologne, Jerman.


[+] Food Industry Asia 2007 - Bangkok, Thailand

Rentak Timur telah menyertai Pameran Food Industry Asia 2007 yang telah diadakan di Bangkok, Thailand. Maklumbalas yang telah diterima adalah sangat memberangsangkan.


[+] All Asia Food Show - Los Angeles, United States of America

Rentak Timur mula menembusi pasaran Amerika, melalui penyertaannya dalam All Asia Food Show di Los Angeles Convention Centre pada 11hb dan 12hb September 2007. Rentak Timur yang diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Fadzhairi Abdul Jabar, mendapat sambutan dan beberapa pertanyaan tentang vanila Malaysia. Acara ini juga telah memperkenalkan ekstrak vanila dengan teknologi Supercritical Fluid Extraction (SFE) dengan slogan “Get The Real Thing From Us”.  Produk vanila ini juga telah berjaya menarik minat beberapa pengedar makanan, termasuk pengedar dan pembuat makanan terbesar di Amerika, SYSCO Food Service and Lisy Corporation, untuk menjalin hubungan kerjasama pada masa akan datang. RTSB juga amat berbangga apabila salah seorang Chef Selebriti dari Amerika, Chef La La telah membuat demonstrasi penambahan vanilla dalam masakan.


[+] Promosi Industri Kecil & Sederhana- Bandar Kinrara

Malaya Spice telah membuat promosi dan jualan di pusat membeli – belah terkemuka Giant, sempena pembukaan cawangan baru Giant, Bandar Kinrara dan promosi Industri Kecil dan Sederhana , pada 11hb hingga 23hb November 2007. Produk Malaya Spice bakal dipasarkan di Giant, bermula tahun depan.


[+] Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2007 - Terengganu

Hari Peladang, Penternak & Nelayan kebangsaan 2007 telah berlangsung di Terengganu pada tahun ini. Penyertaan Rentak Timur telah mengundang sambutan yang diluar jangkaan, sekali gus telah membuka peluang untuk Rentak Timur  dalam menyebarkan lagi maklumat tentang vanila kepada pengunjung yang hadir dari seluruh Malaysia.


[+] Biojohor 2007 & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor 2007

Rentak Timur turut serta dalam BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Johor 2007 pada 17hb hingga 20hb Ogos 2007. Pameran ini berlangsung sempena persidangan pengetahuan dan kesedaran tentang industri Bioteknologi. Semasa pameran ini berlangsung, RTSB juga  telah berkesempatan menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan Malaysian Herbal Corporation yang disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Abdul Ghani Othman. RTSB juga telah menjalankan pelancaran produk semasa acara empat hari itu.


[+] Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah 2007

Rentak Timur telah melebarkan sayap perniagaan ke Malaysia Timur iaitu negeri Sabah, dan ia dilihat sebagai satu usaha yang menguntungkan kerana kebanyakan kawasan tanah di Sabah mempunyai struktur yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Aktiviti perniagaan kami di Sabah di kukuhkan lagi dengan melalui kerjasama dengan Koperasi Pembangunan Desa negeri Sabah.


[+] Mesyuarat Tahunan Koperasi Pulau Lumut

Mesyarat Tahunan Koperasi Pulau Lumut telah meninggalkan impak yang amat besar kepada RTSB apabila ramai ahli koperasi bersetuju untuk memulakan penanaman vanila di kawasan mereka. Ini menunjukan satu perubahan positif untuk Malaysia secara amnya ke arah matlamat menjadikan vanila Malaysia untuk dunia. Malaysia Boleh!.


[+] Pameran Satu Kampung Satu Produk- Melaka

Acara ini telah berlangsung pada 5hb hingga 8hb Julai 2007 bertempat di Ayer Keroh, Melaka. Gerai pameran kami telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan, dimana rata-rata pengunjung yang singgah amat teruja untuk mendapatkan maklumat tentang pokok orkid yang unik ini serta ingin melihat sendiri rupa bentuk fizakal pokok vanila.


[+]Natural Product Expo Asia - Hong Kong

Rentak Timur telah menyertai Natural Product Expo Asia yang berlangsung di Hong Kong pada 27hb – 29hb June 2007. Penyertaan RTSB kali ini bertujuan untuk mempromosi produk Malaya Spice, terutama produk berasaskan vanila disamping produk rempah yang lain. Produk vanila sendiri telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dan ini membuktikan bahawa pameran seumpama ini mampu memberi kesan yang besar terhadap projek penanaman dan pempresesan vanila ini.


[+]Enterprise Asia 2007 - Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Pameran Enterprise Asia 2007, yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur, menunjukan satu lagi kejayaan Rentak Timur apabila gerai kami mendapat kunjugan terhormat daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ramai pengunjung yang hadir juga berminat dengan penanaman vanila ini. RTSB sendiri amat berharap agar lebih ramai lagi di luar sana dapat menyertai projek ini ke arah usaha untuk membangunkan sektor pertanian di negara kita. Vanila merupakan tanaman yang bernilai tinggi serta merupakan satu perniagaan yang menguntungkan.


[+] Thaifex, World of Food Asia 2007 - Thailand

Penyertaan RTSB dalam World of Food Asia 2007 mendapat sambutan yang menggalakan. Kami menerima banyak maklum balas yang positif daripada peniaga untuk menjadikan vanila sebagai satu perisa dalam makanan. Acara seumpama ini juga membuka peluang kepada RTSB untuk mengembangkan lagi kapasiti perniagaan.


[+] SIAL 2007 Asia's Food Marketplace - China

Rentak Timur telah menyertai SIAL 2007 Asia’s Food Marketplace, sala satu pasaran yang dinamik untuk industri makan dunia.


[+] Entrepreneurship Expo 2007 - Midvalley Exhibition Centre

Enterpreneurship Expo 2007 telah berlangsung 6hb hingga 8hb April 2007. Rentak Timur Sdn Bhd telah menyertai ekspo ini yang di anjurkan oleh AIESEC, sebuah organisasi pelajar terbesar dunia, bersama AIC Event Sdn Bhd.

SOKONGAN & KERJASAMA PINTAR
Kementerian Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Malaysia MECD
Kementerian Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi
Malaysian Herbal Corporation Bank Pertanian Malaysia FELDA
Malaysian Herbal Corporation Bank Pertanian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
Lembaga Tembakau Malaysia Lembaga Getah Malaysia MATRADE
Lembaga Tembakau Negara Lembaga Getah Malaysia Malaysia External Trade Development Corporation
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia  
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia  

 

 

 

 

maha 2006

newspaper clips
 
Nurseri RTSB
Petani Vanila
Plot Promosi & Pemerhatian Jabatan Pertanian Malaysia



 
© Rentak TImur Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara
site statistics