rentak timur malaya spice vanilla biomatrix Vanila Malaysia Pasaran Dunia
   
 
produk
kepelbagaian biologi malaysia
pertanian

 

 



Belakang Tabir
INFO TERKINI
Daftar emel anda untuk dapatkan info / promosi terkini dari kami.

 

 

 

 

 

Malaysia Biodiversity

Malaysia merupakan antara 12 negara di dunia yang terkenal dalam bidang kepelbagaian biologi. Terletak dalam kawasan tropika,  Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis flora yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi bermacm-macam produk semulajadi untuk pasaran dunia. Kajian saintifik etno-botanikal menyatakan bahawa 20% daripada anggaran 12,000 spesis tumbuhan mempunyai nilai perubatan dan terapi.

Dengan jumlah hutan hujan tropika semulajadi di Malaysia yang masih banyak belum diterokai, peluang untuk kajian, pencirian dan penyeneraian jumlah flora tempatan masih luas terbuka. Sumber semulajadi ini sentiasa menanti untuk kajian dan penerokaan untuk membuktikan kelebihan dan potensi yang tersembunyi kepada dunia.

Disamping keghairahan dan bantuan yang menggalakkan untuk aktiviti kepelbagaian biologi di Malaysia, ianya telah menyumbang kepada penerokaan dan pencirian fungus, organisma, mikrobiologi dan flora tempatan yang lain untuk kekayaan landskap kita.

Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna kepada pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila), menunjukkan potensi dan ganjaran untuk kajian dan pembangunan yang berterusan dalam bidang kepelbagaian biologi.

Vanilla, walaupun bukan merupakan tumbuhan tempatan, juga berpotensi sebagai ganjaran tambahan kepada persekitaran semulajadi kita yang kaya dan pelbagai ini.

 

SOKONGAN & KERJASAMA PINTAR
Kementerian Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Malaysia MECD
Kementerian Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi
Malaysian Herbal Corporation Agro Bank FELDA
Malaysian Herbal Corporation Agro Bank Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
Lembaga Tembakau Malaysia Lembaga Getah Malaysia MATRADE
Lembaga Tembakau Negara Lembaga Getah Malaysia Malaysia External Trade Development Corporation
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Pahang  
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Pahang  

 

 

 

 

maha 2006

newspaper clips
 
Nurseri RTSB
Petani Vanila
Plot Promosi & Pemerhatian Jabatan Pertanian Malaysia



 
© Rentak TImur Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara
site statistics