Potensi vanila di Malaysia
Berdasarkan kepada pengeluaran vanila asli dunia, dengan harga yang tinggi dan permintaan yang semakin meningkat untuk barangan keperluan, RTSB telah membuat perjanjian dengan FELDA untuk membeli balik buah vanila hijau dari FELDA dan akan diproses untuk pasaran eksport.
Dengan penggunaan vanila dunia didominasi oleh vanila sintetik (97%), permintaan tinggi untuk vanila asli berlaku dalam pasaran dunia. Berdasarkan kepada rancangan awal untuk mengenalpasti 500 peneroka untuk menanam vanila 1 hektar setiap seorang, ia dijangka menghasilkan 3,000 tan buah vanila hijau dan setelah proses seterusnya boleh menghasilkan 300 tan vanila kering yang sedia untuk dieksport. Jumlah eksport dunia sekarang adalah 4,000 tan.
Negara seperti Papua New Guinea dan India telah membuktikan vanila boleh dijadikan sebagai tanaman eksport utama. Melihat kepada potensi vanila, kedua – dua negara tersebut telah meyediakan insentif kepada penanam vanila untuk menambah nilai pada vanila kerana ianya dieksport tanpa diproses.
| Jadilah penanam vanila di Malaysia. |
| Pendapatan jangka panjang melebihi 10 tahun. |
| Pulangan pelaburan pada hasil tuaian yang pertama. |
| Jaminan belian balik |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang





















