![]() |
Malaya Spice…………keperluan tradisional sejak kewujudan Malaya. Suatu ketika dulu, Semenanjung Malaya merupakan salah sebuah pusat persinggahan bagi pedagang – pedagang rempah daripada Negara China dan para pedagang yang ingin berniaga ke China, melalui pengankutan laut. Kapal – kapal kebanyakkannya sarat dengan muatan sepeti teh, tembikar, bijih timah, bahan mineral, sutera dan rempah ratus. Malaya yang menjadi wadah tumpuan pelbagai bangsa, budaya dan adat tradisional telah diperkenalkan kepada pelbagai jenis rempah ratus dari serata gagasan Tanah Melayu. Orang Melayu lantas diadaptasi kepada penggunaan pelbagai rempah yang eksotik ini dalam masakan Malaysia sehingga ke hari ini. MALAYA SPICE, suatu jenama yang di perkenalkan oleh Rentak Timur Sdn Bhd untuk produk – produk seperti Ekstrak Vanilla Organik Halal yang pertama di dunia, ekstrak/perisa asli yang lain, minyak pati, rempah dan barangan nutraseutikal. RTSB berkeyakinan mampu mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi serta bertaraf antarabangsa untuk pasaran domestik dan luar negara. Realibiliti, fleksibiliti dan daya saing yang tinggi serta perkhidmatan yang cekap adalah tunjang kepada kejayaan dan reputasi syarikat. RTSB membuat penanaman pokok sendiri untuk pemilihan hasil yang terbaik. Ini juga dapat memastikan segala aktiviti bermula dari proses penanaman hingga ke proses pengekstrakan di kendalikan sepenuhnya oleh tenaga yang terlatih dan berpengalaman di Malaya Spice.
|






















