rentak timur malaya spice vanilla biomatrix Vanila Malaysia Pasaran Dunia
   
 
produk
latar belakang
pertanian

 

 



Belakang Tabir
INFO TERKINI
Daftar emel anda untuk dapatkan info / promosi terkini dari kami.

 

 

 

 

 

Rentak Timur Sdn Bhd (RTSB) telah dikorporatkan pada 27hb April 2004 dengan modal permulaan sebanyak RM2 juta .

RTSB merupakan vanilla cropssebuah syarikat asas tani untuk pengurusan projek dan ladang memfokus kepada tanaman nilai tinggi yang pertama di Malaysia iaitu vanila. RTSB telah menyewa tanah seluas 5 ekar di Lanchang, Temerloh, Pahang untuk dijadikan pusat pembenihan dan penjagaan vanila yang dinamakan sebagai “Rentak Timur Agro Farm”. Disamping itu, RTSB juga mempunyai 150 ekar tanah di Kechau dan Lipis untuk tanaman vanila milik sendiri.

RTSB yang merupakan anak syarikat kepada Panji Vitara Sdn Bhd (PBSB) memulakan aktiviti pertanian pada tahun 2002 setelah beberapa kajian dijalankan terhadap vanila. Dengan modal daripada pengarah syarikat sendiri, satu ladang vanila mini telah dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar di Singaraja, Bali, Indonesia. Projek ini adalah usahasama dengan seorang penanam vanila tempatan, Bapak Made Artaya Palguna yang berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan vanila selama lebih 30 tahun. Ladang ini berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan vanila, oleh PBSB untuk projek perintis di Malaysia. Kini ladang ini telah mengeluarkan hasil untuk tahun yang kedua.

Untuk menjalankan penanaman vanila di Malaysia, RTSB telah meyakinkan beberapa Koperasi Pembangunan Ekonomi Negara (SEDC) dan agensi kerajaan untuk dijadikan sebagai rakan perniagaan.

Pada September 2005, Lembaga Pembangunan Tanah Wilayah (FELDA) telah mengesahkan penggabungan dan bersetuju untuk menjadi Perunding Pengurusan Projek.

Perjanjian ini menyaksikan RTSB berpeluang Dried Vanillauntuk mengembangkan kepakaran dan rundingan perniagaan dalam penanaman vanila bersama peneroka FELDA. Selain itu RTSB juga menandatangani Perjanjian Beli-Balik dengan penanam dari FELDA.

Perjanjian Beli-Balik membolehkan RTSB secara ekslusif untuk membeli balik buah vanila daripada FELDA pada harga tertentu. RTSB seterusnya akan memproses buah vanila tadi menjadi buah vanila kering serta dijadikan produk untuk pasaran. Pada Februari 2006 RTSB telah menandatangani MOU dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk program penyelidikan dan pembangunan ekstrak vanila dan teknologi yang berkaitan. Kolaborasi ini telah membuka peluang untuk RTSB untuk terus menerokai aktiviti – aktiviti lain dalam industri vanila.

Pada Oktober 2005, RTSB telah menghantar proposal kepada Lembaga Tembakau Negara (LTN) untuk projek penanaman vanila sebagai pengganti tanaman tembakau. Lembaga Pengarah telah menerima surat persetujuan yang bertarikh 25hb Oktober 2005 dan penanaman percubaan telah dijalankan pada Januari 2006.

 

 

SOKONGAN & KERJASAMA PINTAR
Kementerian Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Malaysia MECD
Kementerian Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi
Malaysian Herbal Corporation Agro Bank FELDA
Malaysian Herbal Corporation Agro Bank Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
CEVA Feyecon Koperasi Pembangunan Desa
Lembaga Tembakau Malaysia Lembaga Getah Malaysia MATRADE
Lembaga Tembakau Negara Lembaga Getah Malaysia Malaysia External Trade Development Corporation
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Pahang  
NIZO FOOD Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Pahang  

 

 

 

 

maha 2006

newspaper clips
 
Nurseri RTSB
Petani Vanila
Plot Promosi & Pemerhatian Jabatan Pertanian Malaysia



 
© Rentak TImur Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara
site statistics